SOALAN LAZIM MENGENAI : BAYARAN INTERIM
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Adakah kontraktor perlu memohon untuk mendapat bayaran interim. Tidak perlu bagi kontrak berasaskan JKR 203. Perlu bagi kontrak Design And Build kerana ia adalah tanggungjawab kontraktor di bawah syarat-syarat kontrak. 
2. Perlukah kontraktor mengemukakan butiran pengiraan terperinci? Tidak perlu bagi kontrak berasaskan JKR 203, tetapi perlu bagi kontrak Design And Build kerana ia adalah tanggungjawab kontraktor di bawah syarat-syarat kontrak. 
3. Berapakah kekerapan bilangan penilaian di tapak? Minimum penilaian di tapak adalah sekali sebulan. 
4. Adakah jumlah bayaran dibuat mengikut penilaian di tapak? Bayaran hanya diperakukan setelah mencapai nilai minimum seperti yang dinyatakan di dalam kontrak. 
5. Bolehkah jumlah diperakukan dibundarkan? Ya. Boleh dibundarkan kepada ratus yang terendah. 
6. Bolehkah beberapa bayaran dibuat melalui satu penilaian tapak (contohnya kerana peruntukan tidak mencukupi semasa bayaran pertama dibuat)? Boleh, tetapi baki bayaran hendaklah diperakukan di dalam perakuan yang baru. 
7. Bolehkah penilaian tapak dibuat selepas tamat tempoh kontrak (projek siap)? Tidak boleh. 
8. Bolehkah bayaran dibuat selepas tamat tempoh kontrak? Boleh, tetapi tarikh penilaian yang dinyatakan mestilah di dalam tempoh kontrak  
9. Apakah alamat kontraktor yang dinyatakan di dalam JKR 66? Alamat kontraktor adalah mengikut alamat di Sijil Pendaftaran PKK atau alamat surat menyurat terkini yang disahkan oleh kontraktor/penama ditauliahkan dalam Sijil Pendaftaran PKK. 
10. Bolehkah bayaran dibuat terus kepada pembekal? Peraturan serah hak kepada pembekal hendaklah dilaksanakan mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan bil. 15 Tahun 1989. 
11. Sekiranya terdapat kadar harga baru yang belum diluluskan adakah bayaran boleh dibuat? Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan 50% dari kadar harga yang munasabah. 
12. Adakah kontraktor perlu memohon (dengan mengemukakan surat)untuk pelepasan Wang Jaminan Pelaksanaan 100% /baki 50% selepas Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan? Tidak perlu 
13. Mengapa maklumat yang telah diisi tiada dalam paparan SMATRAK? Cth: Rekod Utama Projek Maklumat "SST telah tandatangan dan dikembalikan oleh Kontraktor?" adalah BELUM  
14. Mengapa terdapat 'error' pada paparan setelah mengisi Rekod Utama Baru projek? Kerana telah ada rekod utama menggunakan Nombor Kontrak yang sama 
15. Mengapa rekod kemajuan bayaran interim yang telah direkodkan tidak mengikut susunan Tarikh penilaian bagi setiap rekod tidak diisi sepenuhnya 
16. Bagaimana untuk menutup akaun jika kontraktor tidak dapat dikesan. Tindakan menutup akaun boleh diteruskan tanpa menunggu kontraktor dikesan. Walau bagaimanapun bagi tujuan bayaran akhir, bayaran boleh diuat kepada pihak Amanah Raya.  Nasihat mengenai tindakan yang perlu diambil hendaklah diperolehi daripada pihak Akauntan atau Penasihat Undang-undang yang mana berkenaan